USM hasilkan system jejak jemaah di Makkah, Madinah

| Posted by | Categories: News

Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan beberapa aplikasi mudah alih bagi membantu urusan jemaah haji dan umrah di Tanah Suci. Aplikasi itu antaranya mengandungi system penjejakan kedudukan jemaah yang tersesat serta system panduan arah lokasi menggunakan teknologi augmented reality (AR) dan Sistem Kedudukan Global (GPS). Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer USM, Prof Madya Mehammad Rafie Hohd Arshad, berkata aplikasi yang dibangunkan sepenuhnya penyelidik yempatan itu mampu mengintegrasika maklumat dan teknologi semasa serta menyediakan maklumat persekitaran kepada jemaah.

Katanya aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon pintar atau tablet berasaskan system android itu dapat membantu jutaan jemaah terutamanya yang kali pertama ke Tanah Suci, mengesan pendudukan mereka. “Kita membangunkan aplikasi Penjejak Lokasi Makkah dan Madinah AR untuk membantu pengguna mencari laluan ke lokasi pada peta yang diintegrasi bersama lantai Masjidil Haram.

“Aplikasi Jelajah Maya Madinah pula dalah bagi jemaah yang ingin menjejaki Madinah dengan tata cara mengikut sunah dan adab selain pelbagai panduan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Difahamkan, aplikasi itu dibangunkan melalui geran penyelidikan Universiti APEX dan Kluster Penyelidikan Haji sejak beberapa tahun lalu dan kini sudah boleh dimuat turun oleh umat Islam seluruh dunia. Muhammad Rafie berkata, aplikasi itu juga boleh digunakan Tabung Haji (TH) bagi menjejak jemaah yang tersesat atau kedudukan petugasnya di lapangan.

“Melalui aplikasi Sistem Penjejak Lokasi Jemaah Tersesat SMS /GPS, jemaah haji yang tersesat boleh menghantar mesej kecemasan ke pusat kawalan dan petugas boleh mengesan kedudukan mereka. “Petugas TH juga boleh menggunakan aplikasi ini bagi memantau perjalanan bas jemaah ke sesuatu lokasi dan menyemak kedudukan bas, termasuk jika berlaku kerosakan kenderaan untuk menghantar bantuan,” katanya. Kumpulan penyelidik itu turut membangunkan adalah M-Umrah yang dapat memberi panduan dan langkah mengerjakan umrah bermula dengan persediaan di tanah air hingga selesai menunaikan ibadah.

Sourced from: Berita Harian|11 September 2015

Brought to you by:

Partners  |  Info: There are no items created, add some please.

Supported by:

Media Partners: